PROJEK MENARA BERKEMBAR PETRONAS KLCC
INTRODUCTION:
Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur, Malaysia ialah sepasang menara berkembar yang pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia sebelum diatasi oleh Taipei 101. Sungguhpun begitu, kedua-dua menara ini masih merupakan menara berkembar tertinggi di dunia dan juga merupakan bangunan tertinggi pada abad ke-20. Menara Berkembar Petronas memegang gelaran bangunan tertinggi dari tahun 1998 hingga 2004 dari segi ukuran dari aras pintu masuk utama hingga atas struktur, iaitu rujukan ketinggian asli yang digunakan oleh pertubuhan antarabangsa Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar sejak tahun 1969 (tiga kategori ketinggian tambahan diperkenalkan ketika menara ini hampir disiapkan pada tahun 1996).
SCOPE:
Ø Menara Berkembar PETRONAS dibina diatas tapak seluas 40 hektar di kawasan Segi tiga emas Kuala Lumpur.
Ø Menara setinggi 88 tingkat ini banyak dibuat daripada konkrit bertetulang dengan muka bangunan buatan keluli dan kaca yang direka untuk menyerupai motif kesenian Islam untuk mencerminkan agama Islam di Malaysia.
Ø Satu lagi pengaruh seni Islam dalam bangunan ini ialah keratan rentas kedua-dua menara yang berbentuk Rub el Hizb, ditambah dengan bahagian bundar untuk memenuhi keperluan ruang pejabat.
Ø Terdapat dua menara, Menara 1 dan Menara 2.
Ø Mempunyai satu jejantas udara yang menghubungkan diantara kedua-dua menara.
Ø Menyediakan ruang pejabat tanpa tiang seluas 560,000 meter persegi.
Ø Menyiapkan keluasan setiap tingkat 395,000 m²(4,252,000 sq ft)(Menara 1 & 2).
Ø Menyediakan bilangan lif sebanyak 78 (Menara 1& 2)
COST:
Ø kos adalah sebanyak AS$ 1.6 bilion
TIME:
Menara Petronas siap dibina pada tahun 1998 setelah menelan masa tujuh tahun sehingga menjadi bangunan tertinggi di dunia sewaktu disiapkan.Menara ini dibina di atas tapak lumba kuda Kuala Lumpur.Kedalaman batuan dasar menjadikan bangunan ini dibina pada tapak yang paling dalam di dunia.Tapak sedalam 120 meter itu memerlukan sejumlah konkrit yang berlebihan untuk dibina dalam masa 12 bulan oleh Bachy Soletanche.
QUALITY:
Ø 88 tingkat perlu disiapkan.
Ø Keluasan setiap tingkat kedua-dua menara perlu 395,000 m².
Ø Menggunakan campuran konkrit yang dibenarkan pada lantai setiap tingkat,
Ø Bangunan buatan keluli dan kaca.
Ø Menara ini mempunyai ciri-ciri keselamatan yang unik dan pertama kali digunakan di Malaysia. Sewaktu berlaku gempa bumi atau puting beliung, menara ini akan condong. Kecondongannya mengikut tiupan angin kencang hingga 1.5 meter. Apabila bencana reda, menara akan tegak seperti biasa.
Ø Menara kaca dan keluli tahan karat setinggi 88-tingkat, merupakan imbasan warisan Muslim Malaysia.
PROJECT MANAGER:
1) BOB PRATT (MENARA 1)
2) JON DUNSFORD (MENARA 2)
PROJECT OWNER:
1) Kerajaan Malaysia
2) PETRONAS
STAKEHOLDER:
1) YAB Tun DR. Mahathir Mohamad
2) KLCCB
3) BOB PRATT, JON DUNSFORD
4) PROJECT TEAM
5) CUSTOMER
CONSTRAINT:
Ø Disebabkan kekurangan keluli serta kos pengimportan keluli yang mahal, menara berkembar ini didirikan atas konkrit bertetulang teramat kukuh bereka bentuk radikal yang murah sekali.[Konkrit yang amat kukuh dikenali ramai kontraktor Asia dan dua kali lebih berkesan mengurangkan gegaran berbanding keluli; oleh itu bangunan ini dua kali beratnya pada tapak berbanding bangunan keluli yang seumpamanya
Ø Ujian tanah mendapati tapak pembinaan menara itu mengandungi jenis tanah yang digelar Kenny Hill, dengan lapisan batu kapur beberapa meter di bawahnya. Jika pembinaan diteruskan di tapak asal, menara itu akan menyendeng dalam tempoh beberapa tahun.pemaju memutuskan untuk memindahkan tapak menara 60 meter ke tenggara yang dikenal pasti lebih sesuai dan selamat. Proses mewujudkan asas menara pula bermula tidak lama selepas itu, dengan pelaksanaan kerja tanah yang membabitkan penggalian 20 meter pada tapak seluas 16 hektar. Jumlah tanah yang diangkut amat besar sekali, membabitkan hampir 500 buah lori setiap malam.
Ø Proses seterusnya ialah pembinaan dinding diafragma yang menjadi sempadan bagi dua menara itu, selain penanaman 104 batang cerucuk sedalam 120 meter. Proses mencampurkan asas konkrit turut menjadi cabaran besar, dengan memerlukan 13,200 meter padu konkrit dibancuh berterusan selama 54 jam untuk setiap menara.
CONTRACTOR:
2) Samsung C&T
Gambarajah 1 : Menara Berkembar Petronas KLCC